Bic Runga
Bic Runga

Bic Runga

Briolette Kah Bic Runga (lahir 13 Januari 1976) ialah seorang penyanyi dan pemuzik New Zealand. Runga memperoleh populariti menerusi lagunya yang berjudul "Sway" yang dikeluarkan pada 1997. Lagu itu memperoleh tiga anugerah di New Zealand Music Awards pada 1998. Lagu ini juga menjadi salah satu runut bunyi untuk filem American Pie (1999) dan kesinambungannya, American Reunion (2012).[1] Tiga album pertama Runga menduduki peringkat satu dalam New Zealand Top 40 Album. Pada 2016, beliau menerima anugerah Legacy dari Vodafone New Zealand Music Awards[2] yang diadakan di New Zealand Music Festival.